15 December 2011

Last week




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Minggu lepas, Tasnim dengan family pergi Mid Valley. Lepastu, Tasnim dengan family pergi MPH. Tasnim beli buku, tajuk dia Wajahku Wajah Siapa. 



Sinopsis :

"Adriana dan kembarnya Syafik merupakan anak angkat kepada Encik Atikullah dan Puan Maria. Sejak kecil mereka telah diberitahu bahawa mereka adalah anak angkat. Sehinggalah mereka berusia 17 tahun, mereka tidak pernah bertanya siapa ibu bapa mereka yang sebenar. Semasa menunggu keputusan SPM, Adriana mula terfikir untuk mengetahui asal-usul mereka. Walaupun memiliki keluarga angkat yang sempurna, dia masih mahu mengenali siapa ibu bapa kandungnya. Hasil maklumat yang diperolehi, ibu mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Kebetulan yang tidak disangka, Encik Atikullah dan Puan Maria, menghadiahkan Adriana dan Syafik tiket percutian ke Sabah menyebabkan mereka bersemangat mencari ibu bapa sebenar mereka. Dapatkah mereka mencari ibu bapa sebenar mereka? Ikuti perjalanan pengembaraan Adriana dan Syafik. Sesungguhnya kasih sayang, persefahaman, rasa bersyukur, keberanian dan ketabahan amat penting dalam hidup. Malah menghargai apa yang dimiliki selama ini lebih penting dan bernilai"

That's all for today! Bye :B

0 inspirit:

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0